Student Bio

Thursday 10 May 2012

We are a happy family

Assalamualaikum..




Dah lama Aku tak update blog... busy mmg busy, tapi skali skala, kena juga update untuk menjana minda..
This time around its about friendship.. well aku memang tak ramai kawan.. tapi siapa saja yang menjadi kawan aku, aku sangat-sangat menghargai mereka.. They are my world.. if other people treat them like a friend, i treat them like a brother...


well aku yang memang tak ramai kawan ni bukan tau sangat apa-apa yang nak di ceritakan mengenai friendship.. Tapi aku nak upload satu gambar ni yang menjadi kenangan dan masih aku simpan hingga ke hari ni...



Did u guys remember this pic? ^_^

aku pasti mereka masih terkenang akan gambar ini.. cuma tak tau diorang ada lagi ke tak gambar ni... kalau takde gambar ni.. cuba baca balik peringatan belakang gambar tu..




Hahahaha.. so sweat.... one fine day we well be reunite.... see u guys... im looking foward for our reunion again....


Nota bio: hargailah rakan-rakan anda.. ^_^

Thursday 12 April 2012

Akulah Dr Tumbuhan

Assalamualaikum..


sem ni aku belajar mengenai plant pathology.. memang menarik subjek ni.. Aku tahu ramai yang tertanya-tanya subjek apakah plant pathology ni.. belajar apekah??? Plant pathology ni secara ringkasnya, aku boleh katakan, ia adalah mengenai penyakit pokok.. penyakit pokok ni boleh disebabkan pelbagai jenis pathogen seperti virus, fungus, bacteria dan beberapa faktor lagi.


Belajar subjek ni membuatkan korang semua terasa seperti penyiasat pun ada.. seperti doktor pun ada.. memang best la ambil subjek ni. Korang akan menyiasat siapakah punca kepada penyakit pokok tu.. and korang akan mencari jalan untuk mengatasi penyakit tu macam doktor.. tapi bezanya, pesakit korang tak akan mencari korang, sebaliknya, korang lah yang kena cari sendiri pesakit korang..

Macam aku baru-baru ni buat experimen ke atas penyakit yang menyerang buah honey dew (tembikai susu).
tengok buah tembikai tu rasa nak makan jer... *nak makan ke? >.<



ni lah mangsa experimen aku









Setelah melalui beberapa process pencarian, inilah punca nya

ni luarannya
Ni lah spore fungal kat atas tadi... mcm bulan sabit..

Haaa.. kalau nak tau, namanya Fusarium semitectum. bentuk dia mcam bulan  sabit, tak pun macam kacang buncis. memang best tgk benda ni.. tapi sakit mata kalau kena tengok lama-lama. =.=''



tapi macam mana pun experimen aku fail sebab tak cukup masa nak sambung, dan lepas aku letak balik spore ni dekat buah yang baru, benda ni tak mau tumbuh.. *fail!! Bagaimanapun hal ini tak akan melemah kan semangat aku sebab, biasa lah kegagalan dalam sesuatu experimen.. nak cipta mentol pon perlukan 1000 cara yang salah.. inikan pula baru belajar dalam subjek ni.. hehehe..


"Kegagalan adalah satu penanda aras untuk mencapai kejayaan"
-Bio Syahmi-

Oleh itu jangan lah korang semua pun cepat lemah semangat kalau fail sesuatu benda.. cuba lagi yer..


nota bio : kalau berminat, cuba la amik subjek ni.. best!!

Sunday 8 April 2012

7/4 Allah selamatkan Kamu, Happy birthday to you, Selamat hari jadi.. ^_^

Assalamualaikum



Helloooo kepada semua pembaca...

Tahukah anda?? Bahawa semalam adalah birthday aku? kompem semua lupa.. keh3..
tak sia-sia hide tarikh lahir kat FB.. nak tgk gak sape yang alert... hehe
tak perlu gusar.. Aku pun jarang ingat birthday orang, sebab tu aku tak kisah.. but then, masih ada insan-insan yang mengingati.. terima kasih sebab sudi SMS. Apatah lagi SMS dari orang yang aku tak jangka.


Birthday aku kali ni dimulakan dengan penuh rasa bersyukur apabila tepatnya jam menunjukkan jam 12malam. Pastu terus tido.. *nak hadiahkan rehat secukupnya kat badan*.  Pagi tu aku start dengan aktiviti bersenam *sbb join Healthy Loser, kalau tak mesti sambung tido lagi* buang semua lemak-lemak yang termampu.. Mana taknya, kalau menang dapat RM2000!!! *bleh simpan buat kahwin tau!*

waktu duk kat absolute fitness  tu *tempat berlangsungnya Healthy Loser*, lepas abis excersise la, aku pun check r phone aku.. tak sangka dapat sms wish birthday.. hehe thanks tau kepada orang tu..u already start the day wonderful!!! lovely ^_^


Abis jer Healthy Loser, aku g r keluar makan dengan krew-krew Healthy Loser *dah bersenam teruq-teruq tambah lemak balik*, tetiba ada sorang brader dari Surat Khabar Sinar Harian. Nak interview aku pasal pendaftaran mengundi pilihanraya.. dialognya macam ni :-

wartawan : " Bang, saya dari Sinar Harian, nak tanya abang kejap boleh tak?"
Aku : "Boleh-boleh. Ada apa bang?"
wartawan : "abang umur berapa?"
aku : "21 bang"
wartawan : "ok so abang dah boleh mengundi. Abang dah daftar mengundi belum?"
aku : "err.. saya baru cukup 21 hari ni bang".
wartawan : "oh yeke? so birthday boy la ni? Ok la terima kasih yer"

-wartawan tu pun blah .. *ingatkan nak wish birthday ke, nak bagi hadiah ke.. Hampeh*

Sambung balik perjalanan nak g makan. *pergi KFC Bro*
ingatkan nak beli la yang sedap-sedap *nak treat diri sendiri-forever alone*. Rupanya ada sorang brader krew Healthy loser tu nak belanja makan.. perghhhh rezeki mencurah-curah la pulak time birthday ni.. memang tak sangka sangat.. *dulu ada orang belanja KFC gak time birthday*. Memang puas la makan ayam KFC dua ketul plak tu.. tambah chezy wedges lak.. orang belanja lagi.. Memang betul-betul berbaloi-baloi.. *tak ingat dah healthy loser ke ape, yang penting perut berisi, orang belanja.. settle...

Balik dari sana, perghhhh badan rasa letih habis la.. sampai jer kat bilik, nampak katil macam nampak KFC.. tak sabar-sabar nak serbu!!  tapi nak tak nak, kena kemas katil dulu.. berserabut habis!! *tak sempat nak kemas.. hehehe*, pastu alang-alang dah rajin, kemas bilik skali... then, lena la sampai asar...zzzzzZZZZ
pastu dah mandi settle semua, maghrib hantar kawan g stesen bas *birthday boy pun kena jadi driver untuk kawan time cuti =.=''* pasni maybe aku dah boleh buka perniagaan penghantaran student pergi stesen bas time cuti keh3 >.<


Lastly the peak of my wonderful day!!

Kakak aku ajak keluar makan pas isyak, aku ok jer.. *kompem la orang belanjakan? memang murah la rezeki hari ni.. Alhamdulillah..* Kitaorang makan kat kedai ikan bakar *mana ntah tempat tu..* sampai-sampai jer, SURPRISE!!! birthday present!! Ya Allah... memang terkezut la.. aku bajet mmg nak makan jer... apekan daya.. beginilah rezeki dapat kakak yang pemurah dan penyayang.. Thanks Allah.. syukur sangat dapat kakak macam ni.. *bukan sebab dapat hadiah je tau!!! banyak lagi pengorbanan beliau* hadiahnya???

Hehehehe.. ^_^

Tadaaaaaaaaaaaa!!!!
Pakejnyer...tapi bukan itu saje.... ada lagi...
Haaa!!! Giler tak??!!!
ni la Overall birthday present aku hari ni.. hehehe thanks kak ^_^

Ni la birthday yang paling spesel untuk aku.. tak pernah aku sampai speechless... walaupun ni birthday dalam kalendar masihi, but still i was born on this day.. semua ni sangat-sangat bermakna dalam hidup aku...


THANKS to everybody!!!!! dan untuk korang semua, sebagai tanda terima kasih untuk selama 21tahun aku di beri peluang bernafas, aku doakan agar kalian sentiasa tersenyum bahagia.. senyuman  korang semualah yang sentiasa membahagiakan aku.. THANKS again.. ^_^


Nota Bio: tunggu birthday dalam kalendar Islam pulak 20 Ramadhan 1412 ^_^

Thursday 5 April 2012

Entomology dan Hobi?

 Assalamualaikum!!

Cantik Sangat!!

Aku cuma nak cerita sedikit pasal hobi terbaru aku. Aku sekarang minat GILER nak amik gambar SERANGGA!!!. Semua ni gara-gara aku ambil subjek yang berkaitan dengan serangga. nama subjek tu ENTOMOLOGY. Best sangat!! sepanjang belajar subjek ni, aku tengok budak-budak perempuan yang geli dengan serangga pun dah jadi suka dengan serangga. subjek ni betul-betul melihatkan betapa indahnya ciptaan Allah. Rama-rama dengan pelbagai corak, serangga yang berbagai bentuk yang aneh. corak-corak dibadan serangga yang begitu AWESOME!!! Lepas je habis belajar subjek ni sem lepas, aku rasa sangat rugi kalau aku berhenti macam tu je. So aku amik keputusan nak tangkap gambar serangga, dan belajar identify serangga tu melalui sifat-sifat fizikalnya. atleast aku tidak akan lupa akan pada subjek tu, dan aku bukan belajar sekadar untuk score.. aku Belajar untuk mengenali ciptaan Allah. ^_^

 Di sini aku sertakan beberapa gambar untuk tatapan pembaca semua.. Enjoy!! ^_^

Rama-rama dari keluarga nymphalidae kalau xsalah.. antara rama-rama yang pernah menjadi icon kat Malaysia untuk program ape ntah..

belalang ataupun acrididae tengah mengawan rasanya

xpasti sama ada cossidae ataupun sphingidae

ni namanya Mayfly
Banyak lagi nak upload, tapi xboleh pulak.. ntah ape-ape betul la blog ni =.=''

Monday 2 April 2012

Aku Bio Syahmi

Blog ini ditubuhkan untuk aku meluahkan pendapat, share ilmu-ilmu biologi aku, dan yang penting, this blog is all about me....

 Korang semua boleh panggil aku dengan panggilan manja Bio. Kenapa BIO? Sebab aku belajar dalam arus biologi.. *susah-susah pulak  korang nak pikir sebab-sebab yang pelik-pelik dan tak logik, biar aku jer bagi jawapan*

Umur? yang kenal, tau la umur aku.. yang tak kenal, cuba-cuba la berkenalan. aku masih baru dalam penulisan blog, tapi aku akan buat se-menarik yang mungkin untuk bacaan masa lapang korang.

Status? Of cos aku akan kata bujang dan belum berpunya.. kalau aku kata dah berpunya pun bukan korang nak percaya... dunia blogger... ada yang benar dan ada yang palsu... HAHAHAHA..

Tahap kehenseman? dari 0-10, aku pilih kosong.. =.=''  orang kata lebih rendah nilai yang diberi, merujuk kepada tahap kehenseman yang tinggi... OHSEM!!!! ^_^


tak perlu susah-susah nak cerita lebih-lebih, nak tahu lebih lanjut, emel jer aku...

bios logos everybody~~