Student Bio

Thursday 19 September 2013

Aku Sebagai Graduan Biologi!!!

Assalamualaikum...


Big day is cominnnngggggg!!!!

Alhamdulillah... Setelah 17tahun belajar, akhirnya bakal menjalani upacara konvokesyen yang pertama dalam sejarah hidup!!!! seakan tak percaya.. Kini saya akan bergelar graduan.. dan bakal memiliki segulung ijazah yang menjadi idaman ramai suatu ketika dulu.. Kenapa dulu?

Sekarangni mudah sangat nak masuk Universiti... setakat ijazah, orang tak pandang dah bro... yang orang pandang poket kau tebal, atau kepala kau berkopiah... Siapa kau yang berijazah ni? takat dapat ijazah lepas tu tanam anggur jer, baik ko berenti belajar time SPM dulu....
"yang orang pandang poket kau tebal, atau kepala kau berkopiah..."
Realiti zaman sekarang... kalau tak jenis mata duitan nak poket berkepuk kepuk, diorang nak pak ustaz yang boleh membimbing kau till jannah.... Itu perempuan laa.... kalau majikan ni ijazah ni dia tak heran pun..
Dia pun ada ijazah.... Silap haribulan CEO ko cuma ada SPM jer....nampak tak permainan disitu?

Tapi ada aku kesah? hahaha aku dah berusaha untuk 3 tahun.. aku dah berhempas pulas depan laptop... aku dah bancuh segala teh,kopi nescafe... aku dah rebus semua buku... kini aku nak berseronok di atas pentas... Biar la untuk beberapa saat pun... Kau yang tak amik ijazah lagi tu jangan nak condemn lebih lebih...



Sehubungan dengan itu, aku pun nak tunjuklah sikit hadiah konvo aku yang pertama jugak dalam sejarah hidup... Sangat2 gembira.. biarlah kenal diorang ni beberapa hari jer.. tapirasa dah erat macam lama dah kenal... diorang ni sangat hyper aktif... tak terlayan kalau dengar diorang cakap... hahaha thanks adik adik minions..

kalau yang tak boleh datang, tak nak datang, tak dapat jumpa pun aku tau korang gembira aku dah konvo...  insyaAllah ada jodoh jumpa la...

"Jodoh tu ditangan Tuhan.. Mana tau dapat hadiah jodoh time konvo ni...."

Selamat bergraduasi kepada kawan kawan.. kita dah dapat hasil dari segala pahit manis kita bersama... bertarung bagai nak rak dalam dewan peperiksaan... bergembiralah walau apa jua hasil yang kita dapat.. semua ini atas usaha kita dan tentunya dengan keizinan Allah...


semoga langkah kita lebih jauh selepas ini dalam mengejar impian masing masing...
sudah penat berakit rakit ke hulu... tiba masanya kita berenang renang ketepian....
get your reward and be the best!!!

Lots Of Love...

-biosyahmi2013-