Student Bio

Thursday 27 March 2014

Kerja: ke mana pergi amanahmu?

Assalamualaikum..

Dulu masa kita belajar, sering kita dengar,baca mengenai amanah sewaktu bekerja.
Pekerja curi tulang, pukul 10 masih di kafe, tutup premis lebih awal dari waktu yang ditetapkan
dan pelbagai lagi keculasan yang sering kita dengar mengenai staf dan para pekerja.
Setelah 17tahun kita belajar (sekurang kurangnya), tiba giliran kita melangkah ke alam pekerjaan


Puas sudah belajar, tiba masa untuk kita mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari.
Malangnya, bukan semua orang mempunyai peluang untuk bekerja dalam bidang yang diceburi.
Dengan berat hati, mula mencari langkah baru demi meneruskan kehidupan.
Akhirnya, bermulalah kehidupan kita sebagai seorang pekerja.
biarpun harus bermula dari bawah.


Mulanya semangat kita membara!! Datang kerja awal, buat kerja secepat mungkin..
sebulan selepas itu.... ermmm... langkah mula berat... badan mula malas...
semuanya baru.. apa yang dipelajari tak dapat dilaksanakan...
beberapa bulan selepas itu, mula berlagak seperti dia lah bos
masuk kerja lewat, ponteng kerja, keluar 'sarapan' pukul 10, pulang kerja lebih awal
dannnn macam macam lagi perangai mula ditonjolkan...


Macam pernah ku baca semua perkara buruk itu...