Student Bio

Friday 10 June 2016

Kebiasaan

Sudah menjadi kebiasaan diri untuk kesepian
Sepi yang bukan kerna tiada teman
Sepi yang wujud walau ditengah keramaian
Sepi yang sepinya tersangat sepi
Sepinya seolah olah berada di dalam hutan yang kematian riang-riangnya
Sepinya bagai tiada lagi cengkerik menyanyi riang
Sepinya bagai pagi yang tiada kicauan burung lagi

Sudah menjadi kebiasaan diri untuk merasa kesunyian
Sunyi tanpa irama yang menceriakan hari hari ku
Sunyi tanpa kidungmu yang melagukan hari-hari ku
Sunyi tanpa tawamu yang mendamaikan hari-hari ku
Sunyinya ibarat malam yang kelam tanpa kerinduan Pungguk pada Sang Bulan
Terlalu sunyi untuk aku gambarkan
Mungkin seperti kanvas putih yang diwarnakan hitam kepekatan
Tiada lagi keceriaan pada hari hari ku
yang ada hanya sunyi

Sudah terlalu biasa untuk sepi dan sunyi
Aku memilih untuk bersiul
Namun tiada lagunya
Cuba menyanyi namun tiada iramanya
Teriknya bahang cinta hingga aku terlalu kehausan cinta yang tiada berkunjung tiba
Irama yang sumbang tanpa cinta
Siulan yang tidak kedengaran tanpa cinta
Alunan suara yang tersekat
Tinggal lah jari jemari yang masih menari-nari 
Menulis puisi kesunyian ini
Didendangkan oleh pujangga kesepian itu
Dan didengari oleh sunyi dan sepi

Tuesday 7 June 2016

Random

Sebenarnya takde apa pun nak post atau share. Tapi rasa nak menaip something. Mungkin ada sesuatu yang ingin diluahkan tapi tak terkata, atau mungkin ada sesuatu yang tersembunyi tapi tak tahu apa yang merunsingkan. tak busy tak risau. Patah hati tapi tak berubat. tak dilukai, tapi terluka. entahlah.. Musim celaru.

bye

Tuesday 24 May 2016

Cinta dan Sahabat

Asam dan garam
Dua identiti ynag berbeza
Jauh terpisah saat tercipta
Sedingin laut dan sepanas udara
Tetap saja bertemu dalam belanga
Bersatu memberi rasa
Itulah cinta

Aur dan tebing
Dua identiti yang berbeza
Hari-harinya sering bersama
Andai diperlukan aur, tebing pasti ada
Karibnya mereka tiada tercela
Itulah sahabat namanya

Siapakah kita sebenarnya?
Asam dan garam atau aur dan tebing
Itu soalan aku pada kamu
Jutaan detik berlalu
dan aku masih sahabat mu


-Bio-

Friday 13 May 2016

Puisi dan Fotografi

Assalamualaikum..

Ini harus aku fikirkan..
menyaksikan ada apa dengan cinta 2, cukup memberi kesan yang mendalam untuk aku merasa puitis.
kekuatan filem itu benar2 terserlah melalui kata kata puisinya yang indah.
malahan Rangga yang juga watak utama, juga merupakan seorang photographer.
Lantaran itu, aku merasa Puisi dan Fotografi itu harus seiringan.

Mungkin aku akan cuba satu next week.

Mungkin..

K

Bye..

Sunday 8 May 2016

Photography!

Assalamualaikum..

I have long been interest into photography world.

Only two years ago i managed to buy a DSLR camera that enable me to venture deep into photography world. Actually it doesn't matter what kind of camera you but, of course you want the best you can.

My first one is Nikon D3100 which i buy secondhand and i dont know anything about the camera other than click the capture button! after i play a bit with the cam, then i realised there is a lot of flaw with the cam. but still it give me a lot of beautiful picture.

Two years after using it, it was my friend who want me to join his wedding photography business as a side income, well im a student, soooo why not?. Then he poison me to buy a new DSLR a same brand but different model which is a bit upgraded from the one i have (well it has a lot of problem already) so i buy a new secondhand which has a very low shutter count. Shutter count is important if you want to buy a secondhand DSLR as it show the life span of the camera. well you still can send it to the  service centre and change the motor but of course, the cost. I buy Nikon D90 with less than 10k shutter count, which is good, as i will take a lot of picture when the business get real.

Here i left you with some photo that i have take.

Enjoy the photo! ^_^

Syuhada the bridal

Syuhada and Shady

MilkyWay at Teluk Tempoyak, Penang

Kellie's Castle, Ipoh

Sorry i dont know its name... 
A lot more to be learn, Thanks for reading

Friday 6 May 2016

Smile to me always!

Assalamualaikum..

Last night i read about my friend who got into an accident and lost his for memories for a week.
So i just want to write this in case i forgot how beautiful your smile is.. so beautiful that it make me smile unconsciously.. Thanks for let me live another day to see those smile again.. Alhamdulillah...


Thursday 7 April 2016

Im officially 25!

Assalamualaikum...

Abang dah cecah umur 25tahun dah.. jadi ape pencapaian yang abang dah capai?

NTAH..

terlalu kecil apa yang abang sumbangkan...
moga abang dapat mencurahkan lebih banyak bakti buat keluarga, negara dan agama..

doa kan abang berjaya dunia akhirat yer... terima kasih ^_^

Tuesday 5 April 2016

Random

Assalamualaikum...

Awak kata saya baik.. saya kata awak baik..
Tapi kita sama2 sedar masih banyak kekurangan kita yang dilindungi..
Apa mungkin setelah kekurangan ini terlihat kita kan menjauh?

Moga hati ini tetap cekal untuk menjadi orang baik...

saya pun nak masuk syurga jugak..

Wednesday 30 March 2016

Random Thought

Assalamualaikum..

Terdetik seketika usai solat isyak..


"Apakah di akhirat kelak, cukupkah amal kebajikan ku untuk aku menarik keluarga/sahabat keluar dari Neraka? atau apakah ada ahli keluarga/sahabat ku yang akan menarik ku keluar sekiranya tergelincir?"

Moga aku ini terus istiqamah dan jalan ku menuju kepadaMu..