Student Bio

Sunday 12 May 2013

Oh Ibu...

Ibu..

Ibu
yang hilangnya tiada berganti..
biarlah bulan jatuh ke riba
biarlah dicapai bintang di langit
tidakkan sama senyuman mu ibu..

ibu
layunya dia kerana uzur
mekarnya kita kerana kasih ibu..
sedang kita mula melihat dunia
dia pula mencari-cari jalan ke syurga..

ibu
sungguh perit melahirkan kita
mengapa perit untuk kita menjaga?
kalau benar kita berjaya
mengapa ibu tiada bersama?

ibu
terkumat kamit mendoakan kita
mengapa kita lupakan dia?
doa anak soleh menjadi idamannya
mengapa alpa dimalam hari??

ibu
sepotong doa tidak dilupakan
sesuap nasi buat bekalan
setitis peluh jadi pedoman
agar anak capai kejayaan

ibu
andai alpa anakmu ini
maafkanlah kami..

-biosyahmi 12/5/2013 5.21petang-

No comments:

Post a Comment