Student Bio

Wednesday 10 April 2013

Selamat Hari Lahir ^_^

Assalamualaikum...

Ini merupakan tarikh keramat bagi aku.. 7-4-2013
tarikh yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila..
Untuk pertama kalinya aku sambut birthday luar dari Malaysia..
kat mana?? jeng.. jeng.. jeng...



Jauh giler kan?? kat Thailand pulak tu... ape kes??


Sebenarnya aku ada fieldtrip class BAT311.. kami kena pergi 1st Ramsar site kat thailand iaitu, Thale noi..
pemandangan kat sana cantik-cantik belaka.. penuh dengan water lily dengan lotus..
kami pergi pada 5-7April.. so memang cantik sangatlah 7April tu jugak jatuh pada tarikh lahir aku..
aku dah sorok dah tarikh birthday aku kat FB supaya takde yang tahu..


Aku malu sebenarnya nak sambut ramai-ramai..
dan memang tak pernah ada orang nyanyi ramai-ramai Happy birthday kat aku...
sebab tu aku berusaha tak nak ada yang tahu...
tapi entah macam mana, waktu pagi tu, bermula dengan amira (aka Bunga) wish birthday kat aku..
(dia yang first tau!!)
dalam kepala aku, "macam mana la minah ni tahu"


lepas tu prof pun panggil semua orang untuk bagi taklimat..
aku rasa, sebenarnya student Master pun tak tahu birthday aku..
mesti ada budak-budak kelas aku gak yang kantoikan atau cerita kat prof..


Soooo bila dah kumpul ramai-ramai, ape lagi, aku pun diraikan...



dapat la sebiji pisang, dan satu batang coklat rocky tercucuk atas tu...
kerja student Master la ni.. hahaha
aku memang sangat terharu.. sampai tak tahu nak ucap ape..
memang birthday terbaik pernah aku alami..


kat sini, skandal aka janda aku (ini memain jer tau bukan betul2.. betul2 aku still single)
bagi hadiah kat aku.. sebuah dompet.. well aku memang sentiasa menghargai pemberian orang..
but this will be a bit special.. sebab dia skandal paling best/sweet sepanjang kat Thailand..
cuma kat Thailand jer tau.. balik Malaysia kami kawan macam biasa je la...


akan selitkan beberapa panorama yang cantik di Thailand.. kalau ada sesiapa yang tgk ni, moga korang dapat merasa betapa indahnya ciptaan Allah, dan bersyukur dengan nikmat yang kita dapat...


Akhir kata :

Aku sayang korang semua (semua dalam kelas BAT311)
Thanks a lot for this special memory...


Aku jadi tekong Boria... ewaaahhhh

Keluarga boria

Bersama buddy dari PSU.. Sawadeekap..

Ehem.. ni jer gambar yg tunjuk aku ada kat thailand.. sorry..

ni keluarga bhangra.. haa haa haa
ni ada kat pasar tani diorang.. dalam U lagi.. kau hado??
Ni la buah teratai atau biji teratai.. katanya manis
Pulut mangga kat sana sedap seyhhh
ini Thale Noi.. 1st Thailand Ramsar Site
Penuh dengan pink water lily.. adik beradik teratai la jugak
close-up waterlily..
ini water lily putih.. lebih harum..
ini penuh dengan teratai putih..
antara migratory birds yang singgah ke sini..

indiana jones dalam misi menyelamat..








No comments:

Post a Comment