Student Bio

Thursday 29 August 2013

Selangkah Memajukan diri..

Assalamualaikum...


Tak lama lagi mula lah langkah pertama dalam alam pekerjaan..
Gementar pun ada.. Tapi perasaan tak sabar tu lebih lagi laa...
Setelah 15 tahun berkecimpung dalam dunia seorang pelajar,
tak lama lagi tiba masa memulakan kariar baru sebagai seorang pekerja..
Nampak mudah tapi pengalaman secara praktikal tak sama dengan teori..


Waktu ni la 'hands on experiences' sangat sangat dituntut tubuh
agar dapat melaksanakan tugas dengan baik..
Ramai jugak kawan kawan yang sudah kerja..
Dia orang punya first day kerja jer dah merungut macam macam..
menakutkan betul... >.<
Takut tetap takut... Kerja tetap kerja.. buat jer sebaik mungkin..
Keikhlasan bekerja tu penting...
Bak kata kakak aku:



"suasana negatif dalam bekerja mempengaruhi diri kita"

Semakin negatif suasana kerja,
macam macam benda negatif juga boleh terjadi kat kita..
Contohnya, macam kakak aku jugak...
sejak dia mula kerja kat **** boleh kata kerap jugak dia sakit..
Bukan sebab tekanan kerja sangat..
Tapi lebih kepada orang disekitar dia..
Rakan rakan sekerja tempat dia kerja tu suka sangat MENGUMPAT..
Apetah lagi yang BERMUKA MUKA ni...
Kesian roh/jiwa kakak yang terpaksa tahan semua tu...
mana tak sakit...

Tapi zaman sekarang ni.. Mana boleh memilih sangat kerja..
Tambah tambah 'fresh graduate' macam aku ni..
Kerja pertama mungkin lebih baik jangan memilih...
Mana yang dapat tu, terima jer.. Melainkan dapat banyak pilihan..
Bukan apa.. pengalaman bekerja tu penting untuk mencari
peluang pekerjaan yang lebih baik di masa hadapan..

Tak dinafikan, pointer ketika sudah bekerja tak dipandang sangat..
Tapi, bagi permulaan sangat la penting..
Nak cari kerja tapi pointer tak lepas.. Pengalaman pun takde.. Siapa yang nak??
Nak sambung belajar Ijazah/Master/PHD, tapi pointer tak lepas jugak..
Macam mana nak sambung? Macam mana nak minta biasiswa??
Tapi ramai juga yang marah bila sebut pasal pointer tak penting ni...
dia orang yang dah belajar sampai dapat 'dean list' (DL) lepas tu kita kata tak penting..
Ingat senang ke nak dapat DL tu???
Dah la pointer rendah, lepas tu memperkecilkan DL pulak...

Takkkk ... takde niat pun nak memperkecilkan DL..
Cuma menceritakan cerita orang yang dah bekerja ni..
Mostly rata rata semua cakap pointer tu tak penting..
yang penting pengalaman..
Lagi pun, pointer ni menunjukkan kualiti dan usaha yang kita beri
sepanjang kita belajar..
Jadi kepada yang DL jangan la berkecil hati dengan kenyataan tadi..
Kalau betul anda dah berusaha dan anda betul betul berkualiti,
Berbanggalah dengan usaha anda..
Berbanggalah dengan kualiti anda..
tak perlu bimbang dengan kata kata negatif..

Cuma bila bekerja nanti elakkan lah dari suasana yang negatif..
Kalau dapat kerja macam akak aku tu..
Cepat cepat lah cari kerja lain...
Silap haribulan prestasi kita pun jatuh..
Sikap kita terhadap orang lain juga mungkin lebih negatif..
Jadi pilih lah kerja yang terbaik...

^_^

No comments:

Post a Comment