Student Bio

Saturday 31 August 2013

Nilai Setitis Darah

Assalamualaikum...


setitis darah
mengalir demi mempertahankan maruah
sia siakah ia dengan pesta khayalan
apakah terbayar nilai setitis darah itu?

dulu darah itu menyirami bumi
demi melawan kezaliman..
kini ia bergelimpangan kerana nafsu
kini ia bertebaran kerana harta..
kemana harganya setitis darah itu?

tumpahnya darah itu
demi anak cucu
demi agama
demi bangsa
demi tanah air ini
bukan sekadar untuk laungan kebebasan..

bunyi tembakkan sebuah pengorbanan
kini hanya mainan politik
dulunya menembak musuh
kini membunuh rakyat
katanya aman

itulah harga setitis darah kemerdekaan...


Salam kemerdekaan buat semua...
#Merdeka56





-biosyahmi2013-

No comments:

Post a Comment