Student Bio

Thursday 21 February 2013

VermiKompos

Assalamualaikum..

Menghadapi dunia yang semakin mencabar membuatkan manusia semakin kreatif. Dari renewable energy, hinggalah kepada penggunaan kitar semula. betapa terhad kepada sesuatu benda mengajar kita untuk menjadi lebih kreatif dan bijak mengadaptasi kepada keadaan semasa.

 Projek Tahun Akhir saya yang menggunakan kebaikan dari seekor cacing untuk mengitar semula daun2 kering, sisa-sisa bahan dapur serta bahan-bahan buangan lain untuk di jadikan baja organik. sesungguhnya pokok mengambil nutrisi daripada tanah, dan daripada pokok jua, tanah mendapat kembali nutrisi yang penting untuk tumbesaran pokok.

 Dengan bantuan cacing, sisa-sisa tumbuhan atau bahan buangan ini dapat dikomposkan lebih cepat dan lebih berkualiti. kompos ini boleh dijadikan sebagai baja organik dimana ianya jauh lebih selamat daripada penggunaan baja kimia yang berlebihan.

disini saya sertakan beberapa gambar peringkat permulaan projek tahun akhir saya.. mohon para pembaca untuk mendoakan agar projek ini berjaya saya siapkan dalam tempoh yang terdekat ini...





-BioSyahmi 2013-

No comments:

Post a Comment