Student Bio

Sunday 5 January 2014

Ketam Nipah

Assalamualaikum..


Sekarang saya kerja sebagai Pembantu penyelidik.
Gaji tak setaraf dengan ijazah, tapi saya terima kerana projeknya.
Projek ini berkaitan dengan KETAM NIPAH.
Walaupun mengambil ijazah dalam Agrobiologi,
tetapi saya sanggup melompat ke bidang akuatik iaitu Akuakultur.


Ketam Nipah merupakan salah satu krustasea penting dalam akuakultur
selepas lobster dan udang. Keenakan rasanya yang jauh lebih manis dari ketam biasa,
membuatkan harganya lebih mahal. Alhamdulillah ketam nipah ini sudah dijelaskan
oleh majlis fatwa bahawa ianya halal untuk dimakan. Bagi sesiapa yang masih ragu,
boleh google saja atau boleh klik di sini. Bila aku membaca, antara sebab utama
Ketam Nipah ni mampu bertahan di darat kerana,

dia mempuya insang yang besar serta mampu menyimpan air. Oleh itu Ketam Nipah
ni mampu untuk berada di darat selama 2-3 hari sehingga airnya kering.


Buat masa ini saya masih mencuba beberapa cara untuk memperkenalkan
penternakan Ketam Nipah ini agar dapat dilaksanakan oleh mereka yang berminat
dengan kos yang minimum. Buat masa ini saya telah mencuba untuk menternak
Ketam Nipah di dalam kanvas. Kanvas sesuai untuk diguna pakai bagi mereka
yang tiada tanah untuk diusahakan menjadi kolam. Geran penyelidikan seperti ini perlu
diperbanyakkan demi masa depan sains Malaysia.


"kita bukan kekurangan bijaksana, tapi kekurangan sokongan."


Bagi saya, kita kurang melakukan penyelidikan sains yang dapat membangunkan
industri di dalam Malaysia. Malah ada yang sekadar untuk melepaskan batuk di tangga.
Malaysia memerlukan lebih banyak sokongan terhadap bidang sains untuk
ia terus berkembang. kita bukan kekurangan bijaksana, tapi kekurangan sokongan.


Walaupun saya belum mampu untuk menyambung pelajaran ke tahap Ijazah Tinggi,
tapi peluang yang ada ini tidak akan saya sia siakan. Saya sukakan ilmu, dan saya akan
terus menimba ilmu ini untuk disampaikan kepada masyarakat. Izinkan saya terus berbakti
kepada masyarakat.

kredit to http://ketamnipahusm.blogspot.com


-Ilmu Untuk Di Kongsi-

-BioSyahmi,2014-

No comments:

Post a Comment