Student Bio

Showing posts with label sciences. Show all posts
Showing posts with label sciences. Show all posts

Sunday, 5 January 2014

Ketam Nipah

Assalamualaikum..


Sekarang saya kerja sebagai Pembantu penyelidik.
Gaji tak setaraf dengan ijazah, tapi saya terima kerana projeknya.
Projek ini berkaitan dengan KETAM NIPAH.
Walaupun mengambil ijazah dalam Agrobiologi,
tetapi saya sanggup melompat ke bidang akuatik iaitu Akuakultur.


Ketam Nipah merupakan salah satu krustasea penting dalam akuakultur
selepas lobster dan udang. Keenakan rasanya yang jauh lebih manis dari ketam biasa,
membuatkan harganya lebih mahal. Alhamdulillah ketam nipah ini sudah dijelaskan
oleh majlis fatwa bahawa ianya halal untuk dimakan. Bagi sesiapa yang masih ragu,
boleh google saja atau boleh klik di sini. Bila aku membaca, antara sebab utama
Ketam Nipah ni mampu bertahan di darat kerana,

Tuesday, 18 June 2013

Nepenthes plant

Assalamualaikum...


i really like Nepenthes sp plant.. they kind a unique plant to me..
i love their look.. its really cute.. kind of remind me to victreebel


first i thought that its pitcher cups is a types of flower
well guess what??

Thursday, 21 February 2013

VermiKompos

Assalamualaikum..

Menghadapi dunia yang semakin mencabar membuatkan manusia semakin kreatif. Dari renewable energy, hinggalah kepada penggunaan kitar semula. betapa terhad kepada sesuatu benda mengajar kita untuk menjadi lebih kreatif dan bijak mengadaptasi kepada keadaan semasa.

 Projek Tahun Akhir saya yang menggunakan kebaikan dari seekor cacing untuk mengitar semula daun2 kering, sisa-sisa bahan dapur serta bahan-bahan buangan lain untuk di jadikan baja organik. sesungguhnya pokok mengambil nutrisi daripada tanah, dan daripada pokok jua, tanah mendapat kembali nutrisi yang penting untuk tumbesaran pokok.

 Dengan bantuan cacing, sisa-sisa tumbuhan atau bahan buangan ini dapat dikomposkan lebih cepat dan lebih berkualiti. kompos ini boleh dijadikan sebagai baja organik dimana ianya jauh lebih selamat daripada penggunaan baja kimia yang berlebihan.

disini saya sertakan beberapa gambar peringkat permulaan projek tahun akhir saya.. mohon para pembaca untuk mendoakan agar projek ini berjaya saya siapkan dalam tempoh yang terdekat ini...





-BioSyahmi 2013-

Thursday, 12 April 2012

Akulah Dr Tumbuhan

Assalamualaikum..


sem ni aku belajar mengenai plant pathology.. memang menarik subjek ni.. Aku tahu ramai yang tertanya-tanya subjek apakah plant pathology ni.. belajar apekah??? Plant pathology ni secara ringkasnya, aku boleh katakan, ia adalah mengenai penyakit pokok.. penyakit pokok ni boleh disebabkan pelbagai jenis pathogen seperti virus, fungus, bacteria dan beberapa faktor lagi.


Belajar subjek ni membuatkan korang semua terasa seperti penyiasat pun ada.. seperti doktor pun ada.. memang best la ambil subjek ni. Korang akan menyiasat siapakah punca kepada penyakit pokok tu.. and korang akan mencari jalan untuk mengatasi penyakit tu macam doktor.. tapi bezanya, pesakit korang tak akan mencari korang, sebaliknya, korang lah yang kena cari sendiri pesakit korang..

Macam aku baru-baru ni buat experimen ke atas penyakit yang menyerang buah honey dew (tembikai susu).
tengok buah tembikai tu rasa nak makan jer... *nak makan ke? >.<



ni lah mangsa experimen aku









Setelah melalui beberapa process pencarian, inilah punca nya

ni luarannya
Ni lah spore fungal kat atas tadi... mcm bulan sabit..

Haaa.. kalau nak tau, namanya Fusarium semitectum. bentuk dia mcam bulan  sabit, tak pun macam kacang buncis. memang best tgk benda ni.. tapi sakit mata kalau kena tengok lama-lama. =.=''



tapi macam mana pun experimen aku fail sebab tak cukup masa nak sambung, dan lepas aku letak balik spore ni dekat buah yang baru, benda ni tak mau tumbuh.. *fail!! Bagaimanapun hal ini tak akan melemah kan semangat aku sebab, biasa lah kegagalan dalam sesuatu experimen.. nak cipta mentol pon perlukan 1000 cara yang salah.. inikan pula baru belajar dalam subjek ni.. hehehe..


"Kegagalan adalah satu penanda aras untuk mencapai kejayaan"
-Bio Syahmi-

Oleh itu jangan lah korang semua pun cepat lemah semangat kalau fail sesuatu benda.. cuba lagi yer..


nota bio : kalau berminat, cuba la amik subjek ni.. best!!

Thursday, 5 April 2012

Entomology dan Hobi?

 Assalamualaikum!!

Cantik Sangat!!

Aku cuma nak cerita sedikit pasal hobi terbaru aku. Aku sekarang minat GILER nak amik gambar SERANGGA!!!. Semua ni gara-gara aku ambil subjek yang berkaitan dengan serangga. nama subjek tu ENTOMOLOGY. Best sangat!! sepanjang belajar subjek ni, aku tengok budak-budak perempuan yang geli dengan serangga pun dah jadi suka dengan serangga. subjek ni betul-betul melihatkan betapa indahnya ciptaan Allah. Rama-rama dengan pelbagai corak, serangga yang berbagai bentuk yang aneh. corak-corak dibadan serangga yang begitu AWESOME!!! Lepas je habis belajar subjek ni sem lepas, aku rasa sangat rugi kalau aku berhenti macam tu je. So aku amik keputusan nak tangkap gambar serangga, dan belajar identify serangga tu melalui sifat-sifat fizikalnya. atleast aku tidak akan lupa akan pada subjek tu, dan aku bukan belajar sekadar untuk score.. aku Belajar untuk mengenali ciptaan Allah. ^_^

 Di sini aku sertakan beberapa gambar untuk tatapan pembaca semua.. Enjoy!! ^_^

Rama-rama dari keluarga nymphalidae kalau xsalah.. antara rama-rama yang pernah menjadi icon kat Malaysia untuk program ape ntah..

belalang ataupun acrididae tengah mengawan rasanya

xpasti sama ada cossidae ataupun sphingidae

ni namanya Mayfly
Banyak lagi nak upload, tapi xboleh pulak.. ntah ape-ape betul la blog ni =.=''